Jumaat, 12 Jun 2009

Bhg 1. Selepas DARA - TDK pulak, apa jadi selepas itu ?

Bah bukan hendak megada-adakan cerita berhubung dengan tempat Bah duduk cari makan sekeluarga, Bah sudah berhijrah ke kawasan Pahang Tengara ni sejak tahun 1976 lagi, Bah lari dari tempat lahir Bah di salah satu kampung di Ulu Tembeling (tak payahlah sebut nama kampung, sebak dada kalau terkenang), Bah dapat kerja dengan Rompin Co di Bukit Ibam, nantilah Bah cerita macam mana Bah sampai Bukit Ibam naik keretaapi dari Lanjut Rompin.

Apabila kerajaan mengistiharkan Lembaga Kemajuan Pahang Tengara (DARA) ditutup, maka kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Menterinya masa itu Dato' Anuar Musa, menyerahkan pembangunan, pentadbiran dalam seluruh Wilayah Pahang Tenggara kepada TDK (Teras DARA Konsurtium), yang mana Dato' Sri Jamaluddin Dato' Jarjis, Ahli Parlimen Rompin adalah bos besarnya.

Sebagai perkenalan blog Bah ini, biarlah pelayar-pelayar blog dihidang dulu dengan cerita-cerita dalaman tempat Bah menumpang teduh, bukan hidup merimpat ke negeri orang, dalam negeri Bah juga iaitu Pahang Darul Makmur. Bah bukan pandai menulis blog, lepas kumpul cerita, Bah suruh anak buah Bah tolong tuliskan.

Bagaimana politik Rompin bermula, bagaimana Dato’ Sri Jamaluddin Jarjis boleh bertapak di Rompin sehingga menyinkirkan anak tempatan Dato’ Haji Hasan Arifin, bekas Timbalan Menteri Besar Pahang, bekas ADUN kawasan Bukit Ibam. Semuanya akan Bah paparkan untuk tatapan sahabat-sahabat blog.

Bagaimana Dato’ JJ menguasi TDK selepas menerima tugas pentabiran DARA dari Kerajaan, sebagai modal menguasi politik Rompin. Selepas itu apa Dato’ Sri JJ buat dengan harta-harta DARA dulu untuk menjaga kepentingan politik Dato’ Sri JJ sendiri.

Bah bukan hendak membuka keburukan sesiapa, tetapi sebagai satu panduan kepada generasi muda untuk meneruskan perjuanagn hidup dalam menilai seseorang pemimpin.

Bah sampai sekarang seorang Ahli UMNO, Cuma selepas tahun 1996, Bah diketepikan oleh kepimpinan UMNO setempat, kerana Bah tidak pandai bermuka-muka dan tidak pandai jatuh menjatuh, kerat mengerat sama sendiri, Bah paling tidak berminat dengan sogokkan wang ringgit untuk menjatuhkan pemimpin lain. Biarlah Bah mengenepi sebagai orang tua, dan tengok-tengok anak muda UMNO mengiatkan aktiviti bersama masyarakat.

“UMNO AKAN REBAH, KALAU SIKAP AHLI-AHLI MASIH TIDAK BERUBAH”. Kalau sayangkan UMNO, berubahlah dari sekarang !!!!!!!!!!!

8 ulasan:

  1. salam ziarah

    Rasanya saya kenal Bah dan anak buah Bah, teruskan Bah, buka lagi bah, luahkan rasa bah, kita di ketepikan kerana kita tidak berharta,UMNO sekarang untuk orang kaya, Kontraktor, pembodek dan pengampu. Allah Maha Besar Bah. Kg. Mikang tu tempat saya bermalam ketika bertugas disana dulu

    BalasPadam
  2. Salam sdr,
    saya dah membaca blog sdr dan akan saya linkkan ke Gabungan Suara Anak Pahang. Teruskan menulis. Harap sdr dapat hubungi sdr. bERANIKAN hATI di emailnya: braveheartblogger@ymail.com bagi menyertai pertemuan blogger pahang dalam masa yang sangat terdekat, Sila segerakan

    BalasPadam
  3. Terima kasih kpd AAG kerana orang pertama sudi singgah dan komen dlam blog Bah,perkara yang benar, tetap Bah keluarkan, untuk renungan genarasi akan datang. Bah sayangkan bangsa, sayangkan pemimpin Melayu terutama di kampung-kampung tradisional yang lurus bendul, tapi tidak tahu putar belit pemimpin. Bah sayangkan pemimpin-pemimpin yang baik, jujur, amanah membantu rakyat. Macam Wakil-Wakil Rakyat terdahlulu Ustad Rusdi (PAS/BN) (Alayarham), Dato' Jabar dan Dato' Hasan, mereka ini ikhlas dalam menjalankan tugas, warak dalam ajaran agama.

    Terima kasih juga Bah pada GSAP sudi linkkan blog Bah, insyaAllah Bah akan hubungi tuan melalui email tersebut. Itu pun kalau anak buah Bah ada ruang bawa Bah pergi ke pertemuan tersebut.

    BalasPadam
  4. Salam Bah,

    Benar saya anak allahyarham wan abd jalil, mak saya wan sauja adik wan samsuri. Mungkin masa saya lahir Bah sudah berhijrah, tapi saya dapat merasakan kemesraan kita walaupun kita tidak kenal antara satu sama lain.
    Pemimpin sekarang tidak kira dari parti apa tidak mcm allahyarham ayahanda saya yng berhabis untuk org. Sebab tu dia tak kaya dan tak tinggalkan kami duit banyak, dia cuma tinggal kami nama baik dia sahaja.

    Tapi saya tetap bangga menjadi anak wan abd jalil

    Moga Allah mempertemukan kita satu masa nanti.

    BalasPadam
  5. Terima Kasih berbicara tentang DARA dan LKWJ, saya pun seperti Bah tahu tentang DARA dan LKWJ.

    Apa yang penting kini kita perjuangkan DARA dan LKWJ dihidupkan semula. Sesiapa nak marah waris pahang,marahlah.

    Tetapi ingat, semua penduduk pahang tidak kira latar belakang politik (UMNO/PAS) mahukan DARA dan LKWJ dihidupkan semula.

    Tun Khalil pernah berkata beliau mahu jadikan Bandar Jengka Pusat sebagai bandar bagi Wilayah Jengka yang maju. Namun bandar Jengka terbantut.

    Penduduk di bawah pentadbiran DARA pula berasa amat selesa dengan pengurusanya namun selepas penutupanya umpama permata yang hilang.

    Semoga Datuk Sri Naib melihat perkara ini dan mewujudkan semula.Hidup Pahang!.

    BalasPadam
  6. ada gak blogger dari ibam..boleh gak dapat info utk bertukar2 pndapat.sebagai orang muda saya tak tahu banyak tentang dara..tapi wat masa ni ada lah sikit2 ikuti pkembangan di dun ibam,

    BalasPadam
  7. Trima kasih kesudian tuan-tuan diatas komen.

    Sri Tribuana, teruskan amalan arwah....... demi masyarakat Ulu Tebeling.

    Waris Pahang,harap-harap PM kita ambil berat perkara ini, apa nak beria-ia sangat di kelantan, PAS memerintah pun Melayu juga, beri apa saja pun macam itu juga.....

    Gengsahabat, Bah tujuan Bah cerita pasal kat daerah Rompin, bukan hendak buruk-buruk sesiapa, tapi untuk nyatakan yang benar buat panduan waris-waris rompin masa akan datang.

    BalasPadam
  8. Salam Bah jantan
    Luahan anda ...nyatakan...seterusnya..lagi
    moga kebenaran akan wujud...

    BalasPadam