Isnin, 22 Jun 2009

Bhg3- Bah jawab komen dalam blog

Lama sungguh Bah tidak dapat bercerita, maklum sajalah, kerja-kerja orang macam Bah, lembu, kerbau, kambing pun hendak kena tengok takut masuk lading, yang Bah rasa pelik tuan-tuan punya peliharaan, lansung tidak ambil peduli akan binatang-binatang peliharaan mereka, tahunya untung sahaja, tidak kiralah apa jadi dengan kebun-kebun orang lain. Hendak kata tidak tahu hokum, gaya-gayanya macam orang lebai, entahlah apa hendak jadi, kalau sudah manusia lebih banyak mementingkan diri……..

Bah pulok tu kena tunggu anak buah ada masa baru dapat tolong tulis dalam blog, kalau tidak berhari-harilah kena nunggu. Seronok juga bila tengok, ada juga orang hendak buka blog Bah, ada dua tiga komen dari saudara-saudara Bah, maaflah kalau ada yang terasa, itu adalah pandapat Bah, namun Bah hurmati pendapat orang, itu hak mereka.

Bah tidak nafikan pendapat tok perai, Haji Ripin, Sahar hidup senang apabila Dato’ Hasan jadi Wakil Rakyat, Bah kenal sangat dengan dia orang, tapi Bah rasa ada sikit tidak kena dengan komen tok perai. Ripin dengan Sahar boleh jadi senang bukan kerana balak, dia jalankan kerja-kerja kontrak, dia cari ladang-ladang lebih merata estet. Bah tahu boleh dikatakan sebahagian duit hasil dia buat tabung untuk orang-orang kampong masa dia jadi Tok Empat, setiap tahun bila masuk musim naik sekolah, tabung ini dikeluarkan diagih-agih pada orang kampung bagi mengurangkan beban mereka. Maklum sajalah orang kampung memang jenis ramai anak.

Dato’ Hasan, ada tubuh Yayasan Rompin, dari kerja Ripin dengan Saharlah yang menampung tabung pendidikan untuk bantu orang-orang yang memerlukan. Masa itu Bah tenguk, langsung tiada pilih kasih, datanglah dari mana pun, tidak kira orang kampong atau felda, tidak kira orang Dato’ Hasan atau orang JJ.

Tentang cerita orang Rompin yang tok perai sebut, Bah tidak berapa kenal, tidak berani cerita, yang Bah tahu, masa Dato’ Hasan jadi Timbalan Menteri Besar, Wan Kadri juga dapat habuan kawasan balak dari Dato’ Hasan, banyak juga, Bah dengar dia buat bayar hutang bank. Wan Kadri ini Bah kenal masa dia kerja di Perkayuan Pahang dulu, malaslah Bah hendak kisah pasal dia panjang-panjang.

Tok 4 Zamri, (maaflah kalau dulu Bah sebut hantu raya, itu orang Ibam gelar kat dia) setahu Bah, Dato’ Hasan banyak tolong, macam-macam benda, tapi si Awi ni tidak pandai mengatur curak hidup, dia Cuma tahu hendak jadi bos sahaja, tunggu orang beri, kalau bercakap bijak betul. Awi ni bukan tidak ada lessen kontrak, tapi malas mengusaha sendiri macam budak nama Man Rafar. Dia cari susah sendiri, walau macam mana pun Bah tenguk, anak-anak dia dari bini dulu jumpa juga Dato’ Hasan bila ada keperluan hendak belajar, Bah tenguk Dato’ Hasan tidak pernah tidak tolong melalui Ripin, walaupun si Awi tidak sokong dia lagi. Itulah sedara namanya………
Bebalik pada cerita UMNO Rompin, masa Dato’ Hasan menawarkan diri bertanding Ketua Bahagian lawan dengan Dato’ Jabar, disitulah Bah tenguk mulanya Dato’ JJ main peranan memecahkan orang-orang UMNO di Rompin. Dato’ JJ pandai orangnya, dia jolok Dato’ Jabar bertanding Ketua Bahagian, dia hendak duduk Timbalan, dapat tidak payah bertanding. Masa itulah Bah tenguk UMNO Rompin sudah mula main duit, masa itulah Dato’ JJ mengajar orang Rompin dengan duit, tidak usah kiralah banyaknya, masa itulah Bah tenguk orang-orang dari felda berduyun-duyun mengusung Dato’ JJ, cari baju melayu baru, baju cap camel, macam-macam lagi lah.

Masa itu, si awi ni tidak pandang herta, dia pandang sedara, pandang maruah orang-orang Rompin, dia ke hulu hilir juga mempertahankan Dato’ Hasan, Bah ngikur saja, maklumlah Bah orang dagang. Tapi Bah tenguk lepas bertanding, Dato’ Hasan tidak pun buang penyokong-penyokong Dato’ Jabar dan Dato’ JJ, bukan macam sekarang ini, macam-macam Bah dengar cerita, bagaimana Dato’ JJ buat susahkan penyokong-penyokong Dato’ Hasan.

Mungkin juga Dato’ JJ yakin, orang-orang Rompin senang dibeli, padan dengan kari kepala ikan sahaja, sebab itu setiap kali Piliha Raya Dato’ JJ boleh menang, tapi sampai bila Dato’ JJ boleh anggap begitu ? Bah memang terasa, bila dapat cerita Dato’ JJ bercakap, “ itu anjing-anjing Rompin tunggu kat bawah” bila dia tenguk ramai orng tunggu kat bawah dari atas helekopter, Bah dengar sendiri rakaman cakap Dato’ JJ yang di bawak oleh orang cenderawasih. Memang pun, ramai anak-anak Rompin tidak bermaruah, bila orang sudah anggap macam itu.

Mungkin tok perai, salah seorang yang mendapat habuan dari Dato’ JJ, tidak mengapalah, Bah tidak salahkan tok perai mempertahankan Dato’ JJ, biasalah tu… Masa orang suka dekat kita nilah untuk mencari kesenangan, nanti bila sudah tiada, kita jadi hampas, orang lain senang, kita terkote-kote biji mata, macam sesetengah penyokong Dato’ Hasan juga…………….

Akhir kata Bah untuk menanguhkan cerita, kata orang, “Kita jangan terlalu lurus, nanti orang buat titi untuk keseberang, jangan juga terlalu bengkuk, nanti orang buat pulok tongkat, jadi berpada-padalah”. Apa yang penting, keikhlasan, jangan sekali-kali aninya orang lain, tutup periuk nasi orang lain, sesungguhnya doa anak-anak orang yang kita anianya dimakbulkan Allah……..

3 ulasan:

  1. Bah kalau saya cerita lebih teruk dari Bah cerita walaupun kita anak dagang.tetapi rompin tak semacam Rompin dulu. Kalau Pemimpin tertinggi datang ke Rompin Pantai tengoklah siapa yang menyambut kedatangan mereka. Kalau mereka faham mereka dah ubah gaya kepimpinan. tetapi sampai sekarang tidak ada perubahan gaya pemimpin.

    Saya tetap dengan pendirian saya. Jauhkan diri terus demi ketenangan dalam hidup

    BalasPadam
  2. TOK PERAI MEMBETUL BELIKAT MENGHAMBURKAN
    JURUS MEMPERBETULKAN HUJAH.SALAAM

    Salam Bah semoga sihat selalu , Bukan apa Tok Perai ingin beri petua untuk terangkan mata ,gunakan amalan air sirih ini petua orang-orang tua kite dulu. Saya sahabat dan penyokong setia sampai mati pada Zamri . Bah cakap anak dia bini dulu jumpa DHA ( Dato'Hasan Arifin ) itu silap tak pernah dua ( 02 ) anak dia bini dulu dah berjaya ke menara gading dengan segulung ijazah minta atau bantuan DHA semua usaha HR ( zamri )tak mengharapkan saudara nya. Beliau usaha dengan titik peluhnya. Soal kontrak HR seorang tulus ingin membantu kawan-kawan ,Tolong kawan nama SAPU WANG habis lesen kontraknya "black List " .Kerana janji saudaranya untuk kerja politik siang malam tak kenal erti penat nak supaya saudara beliau menang. DHA pernah kata " HR bukan boleh tolong jadi Kaya .Dia macam Abang-abang nya enjoy. Yang cerita kat Tok Perai orang kuat DHA juga.Apa tak terasa hati HR. Balik cerita rifin dan saha kaya.Emanglah ladang tapping right semua kedia orang ,alasan anak tolong orang susah.tak sebaliknya,malaslah Bah nak cerita ,...dosa kering. BAH koi nak ingat kit kalau tau ke abang-abang HR DHA cakap gitu PERANG BESAR KELUARGA mereka...bukan tak tahu HR anak sapa..TANYA DHA ..bapak dia sapa. Tok Perai kenal sangat mereka ini,jenis tak undur weh.BAH soal DSJJ bagi duit ke orang Rompin ,itu cara politik DHA pun sama , sama naik masa lawan Dato'Jabar dulu. Persoalannya anak Rompin sendiri berpuak ,tak boleh orang lain yang dekat dengan DHA .Macam tembok besar cina puak nya kepong , buat fitnah hinggakan DHA termakan hasut. Untuk HR saya Tok Perai kenal sangat dia kerja buat sungguh sungguh ,orang DHA tak berani kekawasan DSJJ dia je boleh ,tapi akhirnya dia macam nasib Si Tuah dibuang negeri.Mujur DSJJ perlukan hidmatnya,terbukti pengaruhnya ada tak menang seorang pun orang DHA, dia buktikan pada DHA kekuatanya.HR ada saudara,sahabat tak pelik dia menang setiap bertanding AJK UMNO bahagian. Tok Perai bagi tahu masa pemilihan UMNO cawangan Ibam tahun 2004. Tumbang HR dikerjakan oleh orang-orang DHA ,DHA sendiri cakap kat sepupu dia nak tumbangkan Panglima di Ibam habis RM100,000.00 ini bukan cerita atau
    fitnah.Sepupunya DHA di Muadzam Shah cakap depan Tok Perai.Kalau tak duit kilang papan.Tapi pada tahun 2008 HR guling pula orang DHA satu pun orang kuat DHA tak pegang jawatan cawangan...Terlentang DHA hanya tinggal satu iaitu Kg.Aur cawangan orang kuat DHA.

    TOK PERAI kenal BAH ini, kita kawan Bah dalam politik kena bijak main politik macam main bolo sepak ,pilih nak main posisi mana, kalau jadi penjaga gol tangan kena panjang macam Arumungam. Nak main pertahanan belajar berlaga macam kerbau. Posisi Midfield kena pandai silat pulut kerana posisi ni kena bijak akal , hantaran baik ,pinggang kena macam perempuan..Betul BAH...Haa.nak jadi penyerang lari mesti macam kuda , pandai mengelak seperti Panglima MAT KILAU licik...orang putih teberak dan terkerincit sebut nama saja..Tendangan macam peluru...baru boleh main politik ..BAH nak tau itu lah amalan HR sapa tak kenal seluruh pelusuk HR zaman muda dia main bola digeruni lawan...Ingat tak Bah.Macam tulah di main POLITIK ...keh.kehkeh...bukan apa teringat HR datang ke rumah nenek TOK PERAI belajar pemantas dan mandi jurus bak-bak penyelisih dan pedinding
    di Kg. Gelang Chinchin... OKLAH BAH,,kita ni saudara belah bapak...tak jauh lagi dengan DHA dan HR..DHA pangkat cucu dua pupu ,tapi dengan HR pak saudara weh..awak jangan derhaka dengan dia dan ngatakan dia.

    TOK PERAI tak nafikan ada DHA hulurkan ke dia ( HR ) tapi macam orang serba salah ,tak bagi segan ,bagi alah kadar je...orang kita kata bagi-bagi campak kelambo senang nak tangkap ayam untuk disembelih.tapi ada ayam cerdik dapat fikir...tu kelebihan HR..BAH weeeh.sambung lagi BAH ye...TOK PERAI nak betulkan langkah anak buah sumbang tu...bukan apa sedia kot-kot ada arahan ANAK MELAYU berkompol MEMPERTAHANkan... maruah ,agama, bangsa dan negara...kenalah BAH betul kan jurus yang ada
    ok BAH see U Again ,next time.

    BalasPadam
  3. Bah jika benar teruskan bercerita tetapi biarlah berfakta, Saya bersama UMNO sejak Dato' M. Amin wakil rakyat yang paling saya hormati hingga sekarang ialah Wan Razali.

    apa apa pun selamat sejahtera untuk bah

    BalasPadam